Thursday, February 4, 2010

Impressive!! AwesomE!! - Wembley Stadium




Mengagumkan, Takjub dengan kecanggihan teknologi yang diguna pakai untuk membina semula Stadium Wembley,kat England tu....Baru je sudah tengok National Geographic kt astro..Dokumentari pasal teknologi kejuruteraan dalam membina semula Stadium Wembley yang baru...
Fuhh..sungguh kagum dan kaku dengan apa yang dipaparkan..

Untuk pengetahuan anda, Stadium Wembley tersebut dah lama dibina kat England...dan ianya sebuah Stadium yang amat besar dan banyak la sejarah2 dia...ingat lagi zaman sekolah dulu,kalau main bola kat padang, siapa2 yang xreti nak sepak 'slow' atau dekat2...pendek kata nak merembat jauh je keje...kami akan perli dengan ayat 'ko ingat main kat wembley ke ha??? nak rembat kuat2..hehehe..so dari situ dah boleh tahu yang stadium tu besar..

Jadi, setelah dibina semula, salah satu keajaiban dan ikon penting kat stadium itu kerana 'Lengkungan besar kat atas stadium itu sendiri, in English we called it "Arch"...Fungsi utama lengkungan itu adalah untuk menyokong (support) berat bumbung stadium, hal ini disebabkan Wembley baru ini dibina tanpa mempunyai tiang sokongan kat bawah bumbung.. Sebabnya untuk mengelakkan pemandangan penonton dari terhalang disebabkan tiang2 itu...

"Arch" ini sahaja dah sangat2 la berat..1750tan beratnya..Jadi, dokumentari tadi memaparkan bagaimana ia diangkat untuk berdiri dan menyokong berat2 bumbung stadium..konsep yang digunakan diambil dari asas ikatan "prusk", satu cara mengikat yang sering pendaki2 guna kalau nak memanjat..ikatan ini memang dapat angkat beban yang berat..so,ada lah alat yang dicipta guna konsep tu..
Kemudian, bagaimana lengkungan itu berfungsi untuk tampung beban?? konsep diambil dari jejari yang dalam rim basikal tu...Lidi2 rim basikal@motor...adalah cara dia berfungsi..xreti lak nak explain...perhatikan la gambar lengkungan tu, korang akan nampak cam ada benang2 halus..itu la kabel yang memegang dan menyokong 'arch' tu..


Yang paling menarik, aspek yang dititikberatkan adalah sistem bunyi...dah nama stadium, kompem2 orang jerit2..arkitek perlu mengelakkan bunyi bergema dan memantul2 sebab stadium ini juga menganjurkan konsert2 dan acara lain selain bola sepak..alah, macam bukit jalil juga la..Maka, para arkitek mereka tempat VVIP or "director board" (kalau yang x biasa pergi stadium,ini adalah tempat duduk untuk VVIP,pengulas ke, tempat yang bertutup kaca) dengan unik kerana cermin2 dan bilik2 tersebut dibuat senget2...maknanya adalah darjah2 kesengetan dia..sebab?? bunyi2 yang terpantul tidak akan bertumpu 1 tempat dan menghasilkan bunyi yang xenak didengari (lagi2 kalau ada konsert)..Bunyi2 tersebut akan mencapah merata2 dan membuatkan stadium itu akan lebih gempita dengan sorakan padu penyokong...apatah lagi, Stadium Wembley yang dulu ini memang terkenal dengan "Ngauman Wembley" (Wembley's Roar). Itu antara keunikan stadium ini..

Banyak lagi fakta menarik mengenai kecanggihan teknologi membina Wembley ini yang membuat aku rasa kagum dan takjub..xsemua dapat ditulis kat sini..apa kata korang layari sendiri http://www.wembleystadium.com/brilliantfuture/theArch/FascinatingFacts/default.htm
untuk fakta yang selanjutnya atau http://en.wikipedia.org/wiki/Wembley_Stadium

*Banyak benda kita dapat tahu kalau layan National Geographic..hehehe

No comments:

Post a Comment